Pages

Tuesday, July 10, 2012

A day to think



Post ini saya copy paste dari blog sendiri. Sebab tengah ketandusan idea.
Kalau tengok equation:
cuti=banyak masa lapang=lagi banyak post
Tapi entah la. Masih lagi failed pengurusan masa dan produktiviti. Hehe. 
Okay jom jom jadi muslim yang produktif.
******
Ini route saya tiap ari ke kuliah:
Keluar rumah. Bukak pintu besar. Nampak anjing coklat. Jalan dan simpang ke kiri. Kadangkala jumpa pak cik yang setia cari sampah dalam longgokan sampah. Geledah sampah. Kadangkala pagi2 tak terus buang sampah ke dalam tong besar. Sebab dia minta hand to hand. Sedih kan? Perhaps he is looking for something to sell? To eat?
Sambung jalan lagi. Jumpa jalan besar. Jumpa pak cik yang berbeza yang akan tiap pagi geledah sampah. Bezanya ini di jalan besar.
Lintas jalan super busy. Jumpa pakcik yang tidur beralaskan lantai kotor. Dengan baju lusuh. Mungkin homeless. Kesian. Tapi pak cik ni tak setiap hari jumpa. Hulur sedikit duit. Itupun kalau ada syiling. ( berkira kan?):(
Jumpa pak cik tua yang jual buah. Buah oren! Sangat suka buah itu! Saya wajibkan diri beli. Sebab kesian ngan pakcik tu. Dia sangat tua. Sangat uzur. Mungkin taraf moyang saya. Tapi dia still cuba gagahkan diri untuk berniaga.
Malamnya. Akan kedengaran suara penjual melaung kuat. Adakalanya orang tua. Menjaja barang dapur. 
Pendek kata;
Mereka sangat kuat!
Its my life. Setiap hari jumpa orang susah. Sampai saya rasa immune. Dan saya bimbang kalau2 lepas ni saya rasa common. Sampai saya tak amik ibrah. Tak amik iktibar. Just looking without any sense.
Dan semalan kawan manis bagitahu;
Allah campak kita ke bumi ini. Dan Allah bagi tengok situasi yang tak ada kat msia. Susah kan nak jumpa kat msia?
Bersyukur. Syukur. Be grateful.
Kita berada di zon yang sangat sangat selesa! Sampaikan kita lena. Nyenyak dibuai mimpi. Hanyut dibawa arus.
Kita alpa. Lalai dengan nikmat dunia.
Kawan2 walau di mana anda tercampak :)
Kadangkala Allah nak bagi petunjuk dan peringatan bukan hanya dengan kurniakan sahabat2 yang solehah, dengan hanya hadiri majlis ilmu.
Tapi dengan bagi tengok surrounding sekeliling kita. Dan kita kena berfikir. Sungguh beruntung orang2 yang berfikir itu.

Doakan kami di sini.  Agar dapat jadi doc ummah. Doakan msia. Moga dapt bangun dari tidur yang lena. Doakan mesir. Moga pimpinan selepas ini bakal menjulang nama Islam. Doakan dunia. Moga terus aman.

0 comments:

Post a Comment