Pages

Friday, May 4, 2012

bismillah

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa nabi muhammad itu pesuruh Allah.



alhamdulillah, tiada yang aku sesalkan dalam hidupku sekarang, kerana segalanya sudah tertulis dalam kitab takdir Allah swt. sekalipun, pernah aku rasakan seribu remuk rendam dalam hati, menahan susahnya ujian yang diberikanNya. aku tahu, dan yakin sekali yang kesedihan dan keperitan aku rasa dahulu itu, Allah bakal ganti dengan beratnya mizan aku di akhirat nanti. dengan kasih sayangNya yang mungkin aku sedang dapat sekarang. alhamdulillah.

Allahu Akbar. Dia tidak pernah membuatkanku mempunyai masa lapang. ada sahaja yang perlu dilakukan. kadang kadang terfikir juga, aku sengaja membiarkan diriku mempunyai masa lapang, dan menangguhkan semuanya. Astaghfirullah.

ditakdirkanNya. aku punya banyak sekali urusan bermula tengahari tersebut. sangat banyak, sehingga aku merasakan sesaknya. semuanya bertindih antar satu sama lain. aku tidak mengeluh, cuma ada merasakan secubit perasaan bahawa ini adalah ujian. sebagai seorang yang ada tarbiyahnya, tanggungjawab aku untuk melaluinya dengan penuh berhati hati.

semestinya diantara banyak- banyak urusan, ada urusan DnT. tapi apakan daya, sudah menjadi tanggungjawabku untuk memenuhi yang lain juga. Allah maha besar. Dia menunjukkan jalan terbaikNya. satu persatu urusanku dibatalkan sehingga yang tinggal hanya 1 urusan. 1 urusan. yang aku pasti yang terbaik ketetapanNya. dan aku melalui jalan tersebut dengan leganya. Alhamdulillah.

pernah aku terfikir, kesibukan yang ku lalui ini, tiada tandingannya dengan kesibukan Rasulullah saw. tapi mengapa baginda masih sempat bercinta dengan Allah Taala seterusnya menjadi kekasih agungNya? ya, aku mungkin lemah. tapi sesungguhnya tidak mustahil bagi seorang hamba mencari cinta Allah dan menyebarkan cinta itu kepada yang selayaknya.

inni uhibbullah~
sesungguhnya aku sayang Allah~

p.s. jangan rasa humble kerana mehu mengejar cinta Allah. berlumba lumbalah. Allah tidak mengira siapa yang berjaya berlari ke arahNya, tetapi Dia mengira siapa yang telah memulakan langkah untuk berlari.oh, gambar dia atas adalah pantai mersing. :)

0 comments:

Post a Comment