Pages

Sunday, March 4, 2012

Menjejak Sirah Nabi

In The Name Of ALLAH, The Most Gracious The Most Merciful

1# Ceritera Winter Break deksu -
Mengutip 'mutiara' di sebalik debu2 di Semenanjung Sinai

Subhanallah~

semuanya Allah~


rasa BERDEBAR-DEBAR spnjg perjalanan yg tak tahu kenapa, Allah yg bagi

rasa NIAT nak pergi utk tengok bukti kebenaran AQ, Allah yg bagi

rasa TAK SABAR nak sampai kat tempat yg penuh dgn pasir2&batu2 yg nabi Musa pijak, Allah yg bagi

rasa SERONOK berjalan main-main tangkap gambar dgn kwn2, Allah yg bagi

rasa SHAHDU lawat makam, Allah yg bagi

rasa PENAT naik gunung, Allah nk uji

rasa SEMANGAT TAK PUTUS2 sampai puncak, Allah yg bagi
rasa nikmat DUDUK DAN DOA dlm tmpt munajat nabi musa, Allah yg bagi
rasa SEBAK tingal sinai dan segala isinya, Allah yg bagi
rasa SAKIT sengal2, Allah nk uji
rasa RINDU YANG MEMBUAK2 pada gunung itu dan segala-galanya, Allah yg beri juga 
rasa TARBIAH jaulah kali ni, Allah jua yg mengizinkan utk merasa.
Allah semuanya, ALLAH~
:.im really hoping to see you again iA, Allah juga yg memberi rasa ini, Allah.. 
praise to Him alot, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah~
(credit to ukhti fazira)


Antara tempat2 yang dilawati :-
Terusan Aqabah (asal dari Laut Merah) di Dahab 

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". (Yunus 10:90)
Gunung Tursina
Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:63) 
Uyun (Telaga)  Musa - Bi'ra Saqiah

Selepas Nabi Musa dan kaumnya bani israel merentas Laut Merah, Allah menyuruh baginda mengetuk batu.
"Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri. 
(Al-A'raaf 7:160)
Patung Lembu Samiri
Nabi Musa meninggalkan kaumnya selama 40hari untuk pergi bertemu Allah di Jabal Musa,maka kaumnya disesatkan oleh Samiri (salah seorang kaum bani israel). Maka berlakulah dimana kaum bani israel telah membuat patung anak lembu dengan menggunakan perhiasan2 emas.
Mereka menjawab: "Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka demikianlah juga "Samiri" mencampakkan apa yang dibawanya.
"Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: "Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!" (Taha 20:87,88)
 
Antara 2 Pokok dikatakan tempat Nabi Musa menarik janggut  Nabi Harun
(Sekembalinya), Nabi Musa berkata: "Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat,

"Daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?" 
Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: ` Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" (Taha 20:92,93,94)


Alhamdulillah, Allah masih memelihara tempat2 ni yang telah Allah sebut dalam Al-Quran sebagai bukti kekuasaan Allah. Ambillah sebanyak ibrah darinya bukti kekuasaan Allah, balasan Allah ke atas kaum bani israel kerana kedegilan dan keras kepala mereka. Dalam Al-Quran banyak diceritakan nikmat2 yang sangat banyak diperoleh oleh kaum bani israel, tapi malangnya mereka engkar perintah Allah dan Rasul. Akhirnya mereka dilaknat oleh Allah. Na'uzubillah!

refleks pada diri kita..
banyak nikmat yang Allah beri pada kita. Kita tak perlu minta pada Allah pun, Dia tetap bagi nikmat2 yang sangat2 tak ternilai. contohnya nikmat bernafas. Setiap masa, setiap detik kita bernafas. Dalam kita berjaga, sedikit pun Allah tak sekat pernafasan kita. Dalam tidur apatah lagi. Andaikata Allah menyekat sekejap pernafasan kita,apa akan jadi? Mati kan.. Allah Maha Pemurah.. Tanpa kita minta, Dia tetap bagi. Sayangnya Allah pada kita. Sayang kita pada Allah tahap mana? sudahkan kita bersyukur? Alhamdulillah. Sudahkah kita melaksanakan perintah Allah? Janganlah pernah kita berkira2 untuk meluangkan masa untuk mengingatiNYA, beribadah padaNYA, cinta padaNYA..kerana apa? Kerana Allah TAK PERNAH BERKIRA2 dengan kita.. Kalau sudah,teruskan agar istiqamah. Kalau belum,ayuh bangkitlah Wahai Khalifah Allah!

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Subahanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..
Hebatkan ALLAH

laen orang,laen tarbiyyah dari Allah yang dia dapat utk smakin CINTA & dekat padaNYA..
ade yg dgn sampai puncak tursina,rase kagum dgn Pemilik Kekuatan..
ade yg rase sakit,tetap yakin Allah uji sbb sayang padanya & hapus dosa2nya,,
ade yg dgn lihat ciptaan Allah,Subhanallah indahnya..
ade yg smpai kaki cramp,tetap nak naik walau ape care skalipun..
ade yg dah rase putus asa,buang jauh2 sbb Nabi tak pernah putus asa utk agamaNYA..
ade yg rase semangat Nabi Musa,baginda naik turun banyak kali semata2 demi kaumnya..
ade yg gayat tmpat tinggi,lawan jugak..
mcm2 yg dialami dan perasaan yg dirasai..
tp akhirnya punyai perasaan yang sama..CINTA padaNYA!
bawa kite kembali padaNYA..
lihatlah dan hayatilah dangan mata hati..

biarlah rasa sakit2 dan sengal2 kaki dan badan tu berkurangan dan berlalu dengan cepat tapi semoge ibrah yang kite dapat sepanjang jaulah kekal berpanjangan dan bertambah cinta & iman kita padaNYA sampai bila2..sampai SYURGA..

gembira kite biar gembira kerana capai redhaNYA..
bukanlah gembira kerana gembira tangkap gambar banyak2,shopping banyak2,jalan banyak2..
cerita kite biarlah cerita yang mengingatkan sahabat2 kite tentangNYA,cerita tentang Al-Quran..
bukanlah cerita kite naik banana boat,kayak,sofa, ataupun cerita yg kosong..
Allah~
nak pergi lagi,nak naik lagi T_T



Oppppssss sebelum tu..tanya diri, tanya iman, tanya nafsu, tanya hati... DI MANA ALLAH DI HATIKU?

WALLAHUA'LAM..


Alhamdulillah kerana Allah memberi kekuatan padaku untuk menulis, menyampaikan kalimahNYA, melaksanakan amanah dariNYA..
semua atas izinNYA.. Alhamdulillah :)