In The Name Of ALLAH, The Most Gracious The Most Merciful
1# Ceritera Winter Break deksu -
Mengutip
'mutiara' di sebalik debu2 di Semenanjung Sinai
Subhanallah~
semuanya
Allah~
rasa BERDEBAR-DEBAR
spnjg perjalanan yg tak tahu kenapa, Allah yg bagi
rasa NIAT nak pergi
utk tengok bukti kebenaran AQ, Allah yg bagi
rasa TAK SABAR nak
sampai kat tempat yg penuh dgn pasir2&batu2 yg nabi Musa pijak, Allah yg bagi
rasa SERONOK
berjalan main-main tangkap gambar dgn kwn2, Allah yg bagi
rasa SHAHDU lawat makam, Allah yg bagi
rasa PENAT naik gunung, Allah nk uji
rasa SEMANGAT TAK PUTUS2 sampai puncak, Allah yg
bagi
rasa nikmat DUDUK DAN DOA dlm tmpt munajat nabi
musa, Allah yg bagi
rasa SEBAK tingal sinai dan segala isinya, Allah yg
bagi
rasa SAKIT sengal2, Allah nk uji
rasa RINDU YANG MEMBUAK2 pada gunung itu dan
segala-galanya, Allah yg beri juga
rasa TARBIAH jaulah kali ni, Allah jua yg
mengizinkan utk merasa.
Allah semuanya, ALLAH~
:.im really hoping to see you again iA, Allah juga
yg memberi rasa ini, Allah..
praise to Him alot, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Alhamdulillah~
(credit to ukhti fazira)
Antara tempat2 yang dilawati :-
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXacsmKaHjBIMxup2Ud4eER1U8RLKlvm_3E1MbtO2diOIbD9gcRlpsxQfQ-MWAXMQ0jNFnRetrrSk9YlCy6K6H7F13bNfgjZNAhkNMVRq8GDgYwWSppF2lZ6F9pcDOFYSKruWtDuXTkdM/s320/SAM_2679.JPG) |
Terusan Aqabah (asal dari Laut Merah) di Dahab |
Dan Kami bawakan
Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan
tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga
apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu):
"Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil,
dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". (Yunus 10:90)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_srAxNcH2_Td5X5uoc7yI-74ZNovy9GrXanti_WG_dwf7-gQnmUe86H3jGNtUXT_D5AFd5ZcxEDPLda2Cc4fIlbZ_jgi0OTZGnOAifYoS0KXX9q-5DDxJJJLj-d6UgS1eQ2dhrbvIMLM/s320/SAM_2794.JPG) |
Gunung Tursina |
Dan (ingatlah),
ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di
atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami
berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah
(jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:63)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi60EGZf2D1gro-sRxPFuorujwwuprAt5sJwoYViOLSae5svIkNqaJm8YMH7BKOJThfGgEvs27lpLIUKeX2rAlbh4dLcdOMcAAP-V0p1EUn7e-Ac6lv-Vqshp2n-k8szbbRNWpUk1O3HtE/s320/SAM_2478.JPG) |
Uyun (Telaga) Musa - Bi'ra Saqiah |
Selepas Nabi Musa dan kaumnya bani israel merentas Laut Merah, Allah menyuruh baginda mengetuk batu.
"Dan kami
membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai
golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya
meminta air kepadanya: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu." Maka
terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara
mereka) mengetahui tempat masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan,
dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu
Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada
kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka),
tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.
(Al-A'raaf 7:160)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUrTOK49jUPwDLzNvtE59LqycANdcd5gwmK1lY7kuytq37xPxgtBqc0tCwwdVWISSO4C5nC436E5PwWKCwhZAK1tVCsWXoPbhzjs_3e36BGK2bgPTe-gvF0044p0pXWljh8-NjW-vuJVU/s320/SAM_2730.JPG) |
Patung Lembu Samiri |
Nabi Musa meninggalkan kaumnya selama 40hari untuk pergi bertemu Allah di Jabal Musa,maka kaumnya disesatkan oleh Samiri (salah seorang kaum bani israel). Maka berlakulah dimana kaum bani israel telah membuat patung anak lembu dengan menggunakan perhiasan2 emas.
Mereka menjawab:
"Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar
kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang
(Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang
demikian, maka demikianlah juga "Samiri" mencampakkan apa yang
dibawanya.
"Kemudian Samiri mengeluarkan
untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang
bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: "Ini ialah tuhan kamu dan
tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!" (Taha 20:87,88)
|
Antara 2 Pokok dikatakan tempat Nabi Musa menarik janggut Nabi Harun
|
(Sekembalinya),
Nabi Musa berkata: "Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika
engkau melihat mereka sesat,
"Daripada
menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?"
Nabi Harun
menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan
janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan
berkata kepadaku: ` Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama
sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" (Taha 20:92,93,94)
Alhamdulillah, Allah masih memelihara tempat2 ni yang telah Allah sebut dalam Al-Quran sebagai bukti kekuasaan Allah. Ambillah sebanyak ibrah darinya bukti kekuasaan Allah, balasan Allah ke atas kaum bani israel kerana kedegilan dan keras kepala mereka. Dalam Al-Quran banyak diceritakan nikmat2 yang sangat banyak diperoleh oleh kaum bani israel, tapi malangnya mereka engkar perintah Allah dan Rasul. Akhirnya mereka dilaknat oleh Allah. Na'uzubillah!
refleks pada diri kita..
banyak nikmat yang Allah beri pada kita. Kita tak perlu minta pada Allah pun, Dia tetap bagi nikmat2 yang sangat2 tak ternilai. contohnya nikmat bernafas. Setiap masa, setiap detik kita bernafas. Dalam kita berjaga, sedikit pun Allah tak sekat pernafasan kita. Dalam tidur apatah lagi. Andaikata Allah menyekat sekejap pernafasan kita,apa akan jadi? Mati kan.. Allah Maha Pemurah.. Tanpa kita minta, Dia tetap bagi. Sayangnya Allah pada kita. Sayang kita pada Allah tahap mana? sudahkan kita bersyukur? Alhamdulillah. Sudahkah kita melaksanakan perintah Allah? Janganlah pernah kita berkira2 untuk meluangkan masa untuk mengingatiNYA, beribadah padaNYA, cinta padaNYA..kerana apa? Kerana Allah TAK PERNAH BERKIRA2 dengan kita.. Kalau sudah,teruskan agar istiqamah. Kalau belum,ayuh bangkitlah Wahai Khalifah Allah!
Dan (ingatlah)
ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur
nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu
kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Subahanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..
Hebatkan ALLAH ♥
laen orang,laen
tarbiyyah dari Allah yang dia dapat utk smakin CINTA & dekat padaNYA..
ade yg dgn sampai
puncak tursina,rase kagum dgn Pemilik Kekuatan..
ade yg rase
sakit,tetap yakin Allah uji sbb sayang padanya & hapus dosa2nya,,
ade yg dgn lihat ciptaan Allah,Subhanallah indahnya..
ade yg smpai kaki cramp,tetap nak naik walau ape
care skalipun..
ade yg dah rase putus asa,buang jauh2 sbb Nabi tak
pernah putus asa utk agamaNYA..
ade yg rase semangat Nabi Musa,baginda naik turun
banyak kali semata2 demi kaumnya..
ade yg gayat tmpat tinggi,lawan jugak..
mcm2 yg dialami dan perasaan yg dirasai..
tp akhirnya punyai perasaan yang sama..CINTA
padaNYA!
bawa kite kembali padaNYA..
lihatlah dan hayatilah dangan mata hati..
biarlah rasa sakit2 dan sengal2 kaki dan badan tu
berkurangan dan berlalu dengan cepat tapi semoge ibrah yang kite dapat sepanjang
jaulah kekal berpanjangan dan bertambah cinta & iman kita padaNYA sampai
bila2..sampai SYURGA..
gembira kite biar gembira kerana capai redhaNYA..
bukanlah gembira kerana gembira tangkap gambar
banyak2,shopping banyak2,jalan banyak2..
cerita kite biarlah cerita yang mengingatkan
sahabat2 kite tentangNYA,cerita tentang Al-Quran..
bukanlah cerita kite naik banana boat,kayak,sofa,
ataupun cerita yg kosong..
Allah~
nak pergi lagi,nak naik lagi T_T
Oppppssss sebelum tu..tanya diri, tanya iman, tanya nafsu, tanya hati... DI MANA ALLAH DI HATIKU?
WALLAHUA'LAM..
Alhamdulillah kerana Allah memberi kekuatan padaku untuk menulis, menyampaikan kalimahNYA, melaksanakan amanah dariNYA..
semua atas izinNYA.. Alhamdulillah :)